Pusat Kerjaya UMPSA    

Articles

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP 2023

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP 2023

10 Jun 2023, Astaka, UMP Kampus Gambang - Hampir 1200 pengunjung telah hadir ke Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP 2023 yang telah bermula pada 10 Jun 2023. Seramai 25 industri telah mendaftar sebagai pempamer dengan pelbagai tawaran bidang pekerjaan dan peluang latihan industri.

Program ini telah dimulakan dengan sesi perkongsian bersama industri iaitu Alliance Steel Sdn. Bhd. yang bertajuk Joint Effort, For A Better Future in Malaysia, For Malaysia Imagine Future; sesi perkongsian bersama wakil Alumni UMP, Ts. Mohd Faiz bin Zulkifli dengan tajuk Antara Makan Gaji dan Kerja Sendiri: Mana Satu Pilihan Hati; dan sesi bersama CelcomDigi.

Program ini telah mendapat sambutan yang meluas dikalangan pelajar tahun akhir, pelajar yang bakal menjalani latihan industri, rakan-rakan Universiti Awam serta orang awam. Pada sesi petang pula terdapat sesi perkongsian dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkenaan dengan MDEC-GLOW: Digital Freelancing Training yang disampaikan oleh En. Haziq Hissham. Program ini turut dilengkapi dengan penglibatan peniaga melalui jualan gerai-gerai makanan.

Terdapat sesi perkongsian bersama Alumni UMP, sembang kopi bersama entrepreneur, program bersama CIDB, persembahan creativepreneur dan sesi cabutan bertuah untuk semua pengunjung yang hadir.

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Binti Noordin (Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (ICON),  diiringi oleh Profesor Dr. Izwan bin Ismail (Pengarah UMPCC).



#IG: umpcareerfair
#Facebook: Karnival Kerjaya UMP
#Tiktok: careerfairUMP

Print   Email
Image
— Contact
Pusat Kerjaya UMPSA
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan,
Pahang Malaysia
+609 431 5023
li@ump.edu.my

— Quick Link